APA ITU RESDUNG?
Resdung atau sinusitis adalah masalah ketidakselesaan kawasan hidung dan sekitarnya dengan SIMPTOM berikut:
HIDUNG sering tersumbat, berkahak, gatal, berhingus, berair, sakit dan merah di pangkal hidung, kurang deria bau, kerap bersin terutama waktu pagi dan selsema berpanjangan.
MUKA gatal, sakit & merah di pipi, kelihatan bengkak, sakit bahagian kening, sakit kepala dan jerawat terutama jerawat batu.
MATA gatal, bengkak, merah dan berair.
BADAN sering keletihan, lelah, rasa kurang sihat, batuk kronik, banyak kahak, ruam di belakang badan dan kuku hitam.
KEPALA sakit, rambut gugur, kebotakan dan berkelemumur.
MULUT nafas berbau, sakit gigi. Antara penyakit lain yang berbahaya yang dikaitkan dengan masalah resdung adalah ketumbuhan dalam hidung seperti "nasal polyps" dan kanser.
Sekiranya resdung yang semakin teruk tidak dirawat dengan segera, radang pada ruang udara ini akan merebak ke bahagian-bahagian lain seperti ke bahagian mata yang boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan kabur dan buta.
Jika ia merebak ke bahagian tekak berhampiran selaput otak, kemungkinan besar penyakit meningitis akan terjadi dan boleh menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess) apabila ia merebak ke bahagian otak.
BAHAR TRADING FORMULA memperkenalkan Set Perawatan Resdung nTSinus dengan 5 produk khusus untuk membantu melegakan masalah resdung dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Tablet Resdung, Kapsul NoseClear, Corong Bekam Asap & SiNose Face Treatment Powder .
CORONG BEKAM ASAP :
Ia adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap. Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah.
Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.
Selain dari mengurangi masalah resdung dan alahan di bahagian wajah, penggunaan corong bekam asap ini juga dapat merawati jerawat, memudarkan parut dan menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.
Pengguna yang mempunyai masalah resdung dan jerawat yang teruk boleh melakukan bekam asap ini seminggu sekali, manakala untuk rawatan kulit normal memadai 1 hingga 2 kali sebulan.
Setiap kali selepas menggunakan corong bekam asap, cuci muka menggunakan SiNose Herbal Face Soap diikuti dengan sapuan SiNose Face Treatment Powder.
CARA PENGGUNAAN PRODUK :
Halakan corong sebelah besar ke bahagian atas dan corong sebelah kecil ke bawah. Nyalakan api pada hujung sebelah besar corong di atas dan tunggu sehingga asap keluar pada hujung sebelah kecil di bawah.
Letakkan bucu sebelah bawah pada dahi, biarkan asap keseluruhan muka selama satu minit, kemudian ubah ke atas hidung, pipi kanan dan kiri, dagu, telinga kanan dan kiri (seperti gambar di bawah).(Semasa rawatan pastikan bara di bucu bahagian atas dipotong supaya serpihan bara tidak jatuh ke muka)
Apabila siap proses rawatan, cuci muka dengan SiNose Herbal Face Soap dan bilas bersih. Kemudian sapukan muka dengan SiNose Face Treatment Powder dan biarkan ia kering selama 30 minit atau sepanjang hari.